DIN HJ LAH PUSARA

(DHL PUSARA)

"Pembekal Batu Nisan Sejak 1990"

(016 8529892)

Tentang Syarikat

Din Hj Lah Pusara atau lebih dikenali dengan DHL Pusara merupakan satu perusahaan membuat dan membekal batu nisan dan belindan/kapok di sekitar Pantai Timur. Perusahaan ini adalah perusahaan turun temurun bermula dari Hj Abdullah sekitar tahun 90an dan dikembangkan oleh anaknya Tajuddin Abdullah. Kini perusahaan diteruskan lagi oleh cucu beliau Shukri Tajuddin.

DHL Pusara akan terus bersedia memberikan khidmat kepada masyarakat terutamanya di Pantai Timur untuk memudahkan masyarakat mendapatkan “tanda” dan menziarahi pusara ahli keluarga atau kenalan rapat yang telah meninggal dunia. 

 

Batu Nisan & Belindan/Kepok.

Batu nisan dan belindan (panggilan di Pantai Timur)/Kepok (nama panggilan di Pantai Barat) adalah suatu penanda di kubur atau pusara. Di setiap batu nisan dan kapok itu akan ditulis dengan nama, tarikh lahir dan tarikh kematian si mati.

  1. Dijadikan sebagai penanda lokasi kubur si mati
  2. Ditulis nama sebagai tujuan mengenal pusara si mati
  3. Supaya tidak dilangkah dan dipijak sesuka hati
  4. Supaya tidak digali oleh binatang buas
  5. Memudahkan ahli keluarga/waris menziarahi pusara si mati
  6. Sebagai khidmat terakhir kepada waris untuk si mati
  1. Kaedah pemasangan yang praktikal dan dipasang oleh pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman
  2. Mengikut saiz luas liang lahat (tidak menggunakan ruang lain)
  3. Sangat mudah dibuka kembali jika tanah perkuburan sudah penuh
  4. Tidak berlebihan dari segi reka bentuk dan harga yang mengikut kemampuan pelbagai lapisan dan latar belakang masyarakat